BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, December 6, 2008

Perang saudara tiada kesudahan

Esok raya haji. Diucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat mereka yang beragama Islam di seluruh negara. Hari ni merupakan hari kedua aku bercuti.Seperti biasa, bukanlah mudah untuk aku mendapat cuti kerja dalam sebulan. Jadi, waktu-waktu begini aku manfaatkan sepenuhnya untuk keluarga, kawan-kawan dan juga merehatkan diri.

Malam tadi berlaku peperangan saudara yang tiada berkesudahan. Seperti dulu barisan ketenteraan yang dipimpin olehku;Hamzah bin Md Ali ini akan dibawa bertempur dengan junta tentera Saudara Zairulnizam bin Tukiman@Zam Kunting.

Entah di mana silapnya, 4 set pertama Zam Kunting menguasai sayembara dengan mudah. Mungkin faktor keletihan pemanduan dan kurang rehat seusai habis bekerja. Itupun semua game main 1.e4 , kalau main 1.d4 tak taulah mcm mana lepak aku nak layan closed game.

Game#1: Zam vs Black (Philidor defense) 1-0 , aku pun tak tau mcm mana leh teringin nak reply main 1...... e5. mungkin hati rasa nak tukar angin. kesudahannya kecundang di ending.
Game#2: Black vs Zam (French winawer) 0-1, aku punya touching banayk menyinar dalam French Advance, tapi mlm ni mcm mengada-ngada nak main variasi yang aku sendiri tak berapa nak explore. Tumbang lagi.
Game#3: Zam vs Black (Sicilian defense, hyper accelerated dragon) 1-0, sememangnya ni game aku. sayangnya kat ending aku punya calculation mcm newbies. depan memember dia pun tunjuk main cantik sacrifice Queen.
Game#4: Black vs Zam (Sicilian dragon, yugoslav attack) 0-1, Yugoslav attack merupakan salah satu senjata aku memusnahkan pemain-pemain Dragon. Aku lebih suka panggil ni sebagai Dragon Slayer. Sub-variant kegemaran aku meletakkan King's Bishop di Be2 berbanding Bc4.
Macam kena pukau, kat middle game aku macam takut main terus setuju untuk exchange.berderai struktur bidak.

Aku mula ngantuk nak balik. Zam sound relax dulu. Oklah. Aku suruh Zam buat bihun goreng dan Nescafe panas. Nak tahu game #5 ke atas semua aku bantai dia..Hahahah. Puas hati aku dapat peningkan kepala musuh ketat aku balik.

0 comments: