BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, November 15, 2008

Terlewatkah aku?

Kadang2 bila memikirkan diri yg terlewat dalamdunia catur ini nak menangis pun ada. Bantuan dari tuhan tiba pada 1996 ketika saya form 5 di Maahad Johor Bahru. Ketika itu buku panduan catur yang ada hanya dua saja terbitan Fireside. Disitulah saya meniru-niru contoh permainan bersistem. Antara yg favourite ketika tu ialah Guiocco Piano, King's Gambit dan English Opening's. Bila main buah Hitam hancus.

Hidayah seterusnya tiba pada tahun-tahun 2000 ke atas bila penggunaan internet makin berleluasa dan cyber cafe tumbuh mcm cendawan lepas hujan. Dapatlah makhluk tuhan ini belajar opening's baru, taktik2 dan teori2 catur dari laman web di internet. ada pulak yahoo games dan chess.net. jadi GM, IM, FM? takpe, Jadi herocatur je pun dah cukup. Kata orang di tahun 2008 ni taklah aku buta catur sangat teori wal praktikal.

Impian saya untuk jadi seperti TIGA V mungkin kelam lagi kot. Kenal X tiga V.... Vladimir Kramnik, Viswanathan Anand dan Veselin Toplaov. diorang tu idola saya dalam modern chess selain Gary Kasparov. Hero lain yang saya respect Alex Shirov, Vasyl Ivanchuk dan Sergey Tiviakov.

Di Malaysia, saya amat menghormati kejayaan pemain-pemain chess melayu seperti FM Anas Nazreen, IM Hafizulhilmi, dan lain-lain top rated player. Saya kenal sangat diorang tu sebab selalu tengok diorang dalam tournament-tournament besar. Tapi yang sedihnya diorang tak kenal saya.

KEJAYAAN saya dalam dunia catur Malaysia ni pelik sikit. Pelik sebab ianya berbentuk KEKALAHAN. Tapi dalam kekalahan ada kepuasan. Kepuasan kerana dapat memberi tentangan pada nama-nama besar catur di Johor seperti Abdullah Che Hassan, Rabbani Che Hassan, Marzuki, Salman Mistam, Herman, Michael Siong, Adrian Yong (seri ngan dia ni), Soh Zee Wee dll. Saya puas sebab saya rajin buat homework dalam chess. Sayangnya saya bermula menyertai pertandingan catur terbuka agak lambat iaitu sekitar tahun 2000 melalui pertandingan2 yang dianjurkan Encik Narayanan. Tak asing lagi.

herocatur telah tiba

Nama saya Hamzah bin Md Ali dan berusia 30 tahun. Mengapa saya menggelar diri saya herocatur? hehehehe Kerana saya bercita2 menjadi chess guru kepada mereka yang baru berjinak-jinak bermain catur di dalam dunia ini. Nak belaja basic ke, jadi sparring partner ke, jadi member ke. Kepada yang dah terer tu tak yah lah. Kawan ni kalau kat JB tahap lauk lagi;alias average chessplayer.

Rasanya nama herocatur lah paling layak saya gunakan berbanding IM, FM, atau GM.