This is friend of mine aged 25 years old. He hate syeriz so much and became idle with no girl friend for so long. If you are a girl inside Malaysia and wanna be his upcoming girlfriend u may leave your comment insidi my cbox and be a candidate. My job is to market him now. ONLY for those who dont ashamed to be labelled as desperado as him. don't be shy!!!!!
Masuk hari ni dah hampir dua bulan aku bukak internet cafe dengan seorang rakan aku. So, masa aku untuk ke hulu ke hilir macam dulu dah makin kurang. Ahad lepas salah sorang player kuat dari JB.. Mr. Leong Mun Wan call aku sebab ada mini tournament kat UTM. Hajat hati memang nak join. Bukan senang nak dapat sparring dengan group kuat2 ni. Tapi terpaksa aku tolak dengan hati yang agak berat. Apapun aku pasti join Kejohanan Catur Merdeka yg UTM buat lepas Hari Raya nanti. dah tiga tahun aku tak miss. Aku nak tebus kembali kekalahan teruk kat Plaza Pelangi hari tu.
62 perkataan
Kalau di Felda Air Tawar 5, club level players memang ramai.. tapi tulah, average umur diorang ni 30 - 40 tahun... semuanya setakat nak main kat club level je.. Berbuah mulut aku dan Zairulnizam (Zam Kunting) ajak diorang join tournament. Alasan diorang main suka-suka dan takde masa dan banyak kerja.
Kalau diorang semua pergi aku ingat team ni je boleh hantar 20 hingga 30 orang. Cukup untuk pecahkan dominasi player di Johor Bahru. Ini tak .. balik2 aku berdua je pergi... jadi lauk terus.. huhuhu. Diorang ni plak main tanpa jam. SO, kalau aku main dengan diorang kalau diorang nak take back after touch move aku terpaksa relakan. Tapi aku tetap pegang dengan standard rules.
So kalau diorang defeat aku lepas take back 2-3 kali aku tak regret. Lagi satu, kat club level kedai kopi Zairulnizam ni rata-rata main dengan mulut tak reti diam dan provoke lawan masing2. Sesuatu yang mustahil dilakukan dalam tournament hehee.. Kalau hati panas tak leh main la..